Selasa, 21 Mei 2013

Doa Untuk Pelajar



Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”




Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”



Doa apabila terlupa ketika menjawab peperiksaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.” 



Doa memohon kejayaan yang cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."



p/s.:cuma post untuk memperingati diri sendiri yg bakal melanjutkankan pelajaran di matrikulasi...semoga dipermudahkan segala urusan dan kuat untuk menghadapi kehidupan di matrikulasi...amin...



Copied from:masam manis
                                                                     ^_^ Smile Always..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan